TRANSLATOR


http://decoupagetissueonline.blogspot.com/

Thursday, April 4, 2013

Pakej Napkin

Salam, dah lama rasanya tak buat sale.... Kali ni saya telah turunkan harga bagi napkin-napkin terpilih... kemudian saya kumpulkan... saya packkan... maka jadilah package ni....  Untuk senarai napkin boleh tgk disini http://decoupagetissueonline.blogspot.com/search/label/Pakej%20napkin

Harga bagi 30 pcs napkin RM 50.00 untuk semenanjung dan RM 55.00 bagi sabah dan sarawak.... Harap maklum kesemua napkin dalam pakej tu hanya sekeping tiap satu... Selamat membeli...

Thursday, March 14, 2013

Decoupage Project: Kitchen Board

Projek kitchen board lagi... kali ni guna napkin Breakfast. Simple step:-
1. Warnakan background dengan light brown dan biarkan kering semalaman
2. Gunting napkin mengikut motif
3. Tampal napkin dengan sealer
4. Varnish.
Siap... Nak lagi cantik... hiaskan guna fibre ribbon.

Tuesday, March 12, 2013

Decoupage Project: Bottle

Salam... Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada rakan² decoupage yang membeli starter kit dari saya... Bila dah beli, tapi tak tahu nak decoupage kat mana... Macam saya mula² berdecoupage dulu... Jadi decoupage kat botol jelah... penuh umah dgn botol kicap he.. he... Untuk kali ini saya gunakan botol sos... projek kali ni pun simple n mudah jer...
Step 1: Warnakan botol dgn gesso atau background color.
Step 2: Gunting napkin Red Polka Dot dan napkin Berries memanjang, tak perlu potong ikut pattern berries tu...
Step 3: Tampal napkin sekeliling botol dengan sealer...
Step 4: Varnish dan siap...

Kepada nak beli napkin boleh beli kat sini.. http://decoupagetissueonline.blogspot.com/


Friday, February 22, 2013

Decoupage Starter Kit

Salam semua.... Ramai yang tanya saya bila nak jual kit untuk decoupage... susah nak cari... memang susah pun... jadi untuk tak menghampakan semua saya pergi cari untuk anda.... Maka jadilah starter kit ni. Saya jual pada harga RM50.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM55.00 untuk Sabah dan Sarawak... Harga ni termasuk Pos Laju... Apa yang anda akan dapat?
1. 80ml Sealer iaitu gam untuk lekatkan tissue...
2. 80ml Varnish iaitu sebagai pengilat hasil decoupage anda. Varnish ni kalis air, so kalau nak letak hiasan anda kat luar pun tak jadi masalah..
3. 5 keping paper napkin. Anda bolehlah pilih kat kedai saya http://decoupagetissueonline.blogspot.com/ Syaratnya: anda haruslah memilih napkin RM 2.50 (2keping), RM 1.50(2keping) dan RM 1.00(1keping). Setiap keping tu hanya satu corak dibenarkan. Kenapa camtu? Sebabnya stok yang ada limited... kalau sapu semua sian kengkawan yang lain..
4. Manual camner nak buat decoupage...

Nanti mesti ada yang tanya, kenapa tak jual warna, gesso dan colour nak buat backgroud? Saya jawab siap-siap... Sebabnya anda tak perlu pun nak guna tu semua kalau nak memula buat decoupage nih.. sebabnya banyak cara yang boleh guna nak gantikan untuk buat background tuh. Camner?
1. Anda boleh pakai spray paint jer... carilah background apa yang anda nak... bukan takat mdf board... perabot pun bleh gak... pastu tampal jer napkin... seeloknya carila spray paint warna putih... atau yang warna pink cerah... lagi cantik...
2. Kalau susah nak cari spray dan background colour tu.. anda boleh gak pakai balance2 cat umah anda.. seeloknya warna putih... hasilnya not badla.. tapi sebaiknya anda guna span jgn guna berus...
3. Kalau susah jugak.. anda carila pinggan2 atau cawan2 anda yang tak bercorak tu... pastu tampal tisu dan varnish dah siap... lagi mudah takyah nak warna bagai... he he...

Oleh sebab itu, saya tak jual... bukan taknak jual sebab ianya akan menambahkan kos anda... yelah warna tu dah sekian harga.. pos lagi... Tapi jika anda nak juga warna tu insyaAllah saya akan usahakan lain kali... Tapi bahan bahan basic/asas ni anda perlu anda... Selamat membeli...

Friday, February 15, 2013

Decoupage Project: Tray

Salam.... projek kali ni.. saya guna tray lama... tray plastik yang dah sumbing... he he.. So saya make up la guna decoupage.... Tissue decoupage yang saya guna adalah tisu KEKWA dan tisu BISKUT. Teknik yang saya guna untuk background tu.. saya pakai doily...
Step 1: Warnakan background dengan colour sand island. Buat 2 layer dan biarkan kering dulu yer.
Step 2: Tampal doily pada tray dan dap guna span. Setelah selesai tanggalkan doily.(tampal guna masking tape yer sebab mudah nak tanggalkan... kalo pakai double side tape/selotape abis tertanggal warna nanti.
Step 3: Tampal napkin guna sealer.
Step 4: Varnishkan guna clear varnish... dan... siap....
Sekian. Jumpa lagi.

Thursday, February 7, 2013

Decoupage Project: Kitchen Board

Salam. Sudah lama tidak mengemaskini blog ni. Kali ini saya gunakan kitchen board terpakai. Yelah, dari dibuang begitu sahaja elok kiranya dihasilkan sesuatu yang baru. Untuk background colour saya gunakan warna light cinnamon dari americana. Untuk napkin paper saya gunakan Napkin Fresh Strawberries. Paper nakkin tu boleh lihat di SINI. Dekat tepi board tu saya buatkan shade sikit, bagi nampak macam rustic. Ada tak kengkawan yang tahu cara nak buat backgroud rustic yang lagi cantik? Ada yang cakap guna lilin lepas tu gosok guna kertas pasir.. Saya belum cuba lagi teknik ni.. kalau ada kawan-kawan yang dah cuba bolehla sharekan cara2nya. TQ.

Sunday, July 8, 2012

Jualan Sempena Ramadhan 2012

Jualan murah lagi sekali... jom tengok napkin stok baru.... cantik-cantik dan murah-murah... Klik Sini http://decoupagetissueonline.blogspot.com/. Cepat sebelum terlambat... Stok terhad...

Tuesday, June 19, 2012

JUALAN MURAH DOCOUPAGE NAPKIN



Jualan murah... jom tengok napkin stok baru.... cantik-cantik dan murah-murah... Klik Sini http://decoupagetissueonline.blogspot.com/. Cepat sebelum terlambat... Stok terhad...

Tuesday, May 29, 2012

Decoupage Project: MDF Board

Projek kali ini menggunakan MDF board.. rasanya ramai kengkawan semua guna board ni masa decoupage.. Salah satu kelebihan kalo guna board ni... ada memacam bentuk.. boleh pilih mana yang suka.. selain tuh .. permukaannya licin dan mudah disapukan background colour... kita boleh gabungkan warna² yang kita suka.. kalo nak buat belang² pun ok gak... Untuk kali ini saya gunakan napkin corak STRAWBERRY, sebelum ni saya ada gunakan napkin corak nih pada projek yang lepas.. boleh tgk di sini... Decoupage Project: Senduk Selain corak yang menarik.. napkin ini jugak mudah disesuaikan mengikut bentuk medium yang kita gunakan... Jadi hasilnya memang memuaskan.. kepada rakan semua.. selamat mencuba...

Tuesday, April 3, 2012

Decoupage Project: Clock

Projek kali ni agak sukarla jugak.. sebabnya nak kena ceraikan jam ni agar mudah nak di decoupagekan... Rasanya semua kenal jam ni kan... kalau yang selalu pergi IKEA tuh mesti ada jumpa jam ni... murah pun murah.. he he... Untuk background colour.. saya warnakan yellow cream dan border jam tu saya warnakan light pink.... Napkin yang digunakan tengok sini.. ROSE BOUQUET.. Sekian dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerongsang dan Gelang..

Kerongsang dan Gelang..
Jom Tgk kat sini http://kerongsangdangelang.blogspot.com/