TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

http://decoupagetissueonline.blogspot.com/

Sunday, July 8, 2012

Jualan Sempena Ramadhan 2012

Jualan murah lagi sekali... jom tengok napkin stok baru.... cantik-cantik dan murah-murah... Klik Sini http://decoupagetissueonline.blogspot.com/. Cepat sebelum terlambat... Stok terhad...

Tuesday, June 19, 2012

JUALAN MURAH DOCOUPAGE NAPKIN



Jualan murah... jom tengok napkin stok baru.... cantik-cantik dan murah-murah... Klik Sini http://decoupagetissueonline.blogspot.com/. Cepat sebelum terlambat... Stok terhad...

Tuesday, May 29, 2012

Decoupage Project: MDF Board

Projek kali ini menggunakan MDF board.. rasanya ramai kengkawan semua guna board ni masa decoupage.. Salah satu kelebihan kalo guna board ni... ada memacam bentuk.. boleh pilih mana yang suka.. selain tuh .. permukaannya licin dan mudah disapukan background colour... kita boleh gabungkan warna² yang kita suka.. kalo nak buat belang² pun ok gak... Untuk kali ini saya gunakan napkin corak STRAWBERRY, sebelum ni saya ada gunakan napkin corak nih pada projek yang lepas.. boleh tgk di sini... Decoupage Project: Senduk Selain corak yang menarik.. napkin ini jugak mudah disesuaikan mengikut bentuk medium yang kita gunakan... Jadi hasilnya memang memuaskan.. kepada rakan semua.. selamat mencuba...

Tuesday, April 3, 2012

Decoupage Project: Clock

Projek kali ni agak sukarla jugak.. sebabnya nak kena ceraikan jam ni agar mudah nak di decoupagekan... Rasanya semua kenal jam ni kan... kalau yang selalu pergi IKEA tuh mesti ada jumpa jam ni... murah pun murah.. he he... Untuk background colour.. saya warnakan yellow cream dan border jam tu saya warnakan light pink.... Napkin yang digunakan tengok sini.. ROSE BOUQUET.. Sekian dulu..

Friday, March 30, 2012

Decoupage Project: Cerek

Projek kali ni guna cerek kecil... Jenuh jugakla mencari cerek ni... Tengok orang buat decoupage kat cerek ni cantik jer... Jadi belila 3 biji... Tapi susahla pulak nak cari pattern napkin yang sesuai... yelah sebabnyer cerek ni kecik,,, kalau guna pattern bunga besar tak cantik pulak.. Pattern napkin ni jer yang sesuai... sesuai ker? Entahla bunga jenis apa... nak tengok jelas klik sini BUNGA UNGU. Untuk background colour.. simple jer... penutup dan muncung cerek tuh saya warna hijau muda... lebihkan warna putih dalam campuran warna tuh.... pada bahagian bawah tu... saya warnakan putih jer... sebabnyer kalau diwarnakan hijau jugak.. pattern napkin tu akan tenggelam... Sekian dulu...


Friday, March 23, 2012

Decoupage Project: Senduk

Projek senduk 3 serangkai... kali ni banckground colour diwarnakan colour cream.. lepas tu bucu2 senduk dipalitkan warna coklat... kemudian dengan gunakan warna coklat pada berus kering, goreskan pada permukaan senduk agar nampak macam ala karat. Lepas tu barula ditampal napkin... Kali ni guna napkin STRAWBERRY. Sekian dulu...

Wednesday, March 21, 2012

Decoupage Project: Board

Rasanya ramai penggiat decoupage ( penggiat ker gelarannya, ker ada nama yang lagi grand he he..) pernah membuat sendiri alamat rumah... Macam² pattern boleh digunakan untuk hasilkan decoupage yang menarik... dulu masa di rumah lama saya guna board yang macam lencana sekolah.. he he... Bleh tengok di SINI. Bila tengok balik balik projek lama tu rasa kelakar pun ada... yelah masih jagung lagi dalam bab² mendecoupage ni.... Tapi alhamdulillah hasil pertukaran idea dengan rakan2 maya ni dapatlah saya tambahkan pengetahuan teknik² yang betul masa mendecoupage... Untuk projek ni saya just gunakan cake board saiz besar dan background colur cream sahaja... Tisu pulak saya gunakan tisu ini IN THE JUNGLE... Sekian Dulu..

Friday, March 16, 2012

Decoupage Project: Board


Projek yang disiapkan minggu lepas... Kali ni percubaan guna tisu yang baru jer dibeli... Actually tisu ni banyak lagi part yang tak digunakan... ni guna sebahagian sahaja... Untuk projek kali ni saya combine 4 jenis corak tisu... Border merah tu guna tisu ni RED BORDER.. Rama-rama tu saya guna tisu ni RAMA² Bunga-bunga tu pulak saya guna tisu PURPLE FLOWER. Lebah yang seekor tu jer saya guna dari lebihan tisu projek-projek lepas... LEBAH. Background colour tu saya combine warna dark red dengan putih.... Untuk warna pink yang lebih cerah guna portion warna putih yang lebih berbanding warna merah. Kalau anda nak nampak maacam warna peach just tambah warna kuning sikit... Jadi jangan takut nak mix kan warna-warna tu... Anda pasti dapat hasilkan warna background yang menarik dan unik.... Sekian untuk waktu ini...

Tuesday, March 13, 2012

Decoupage Project: Board

Projek kali ini guna board yang dah uzur. Nak tunjuk rupa asal board ni pun segan memang huduh bebenor... Jadi untuk mencantikkan board ni hanya perlu sapu gesso, tampal napkin dan hiaskan dengan tali fiber.. Untuk dapatkan napkin ni boleh tengok disini JARDIN. Board ni sesuai kalau digantung di gazebo di taman anda.. Jika berminat.... bolehlah cuba sendiri sebab memang mudah untuk membuatnya.

Tuesday, March 6, 2012

Decoupage Project: Deco Box

Bila tengok blog ni lama tak diupdate kesian pulak dekat pengunjung blog ni... terima kasihlah kepada pengunjung setia blog ni walaupun tuannya jarang update.. he he... Sebagai permulaan sempena tahun baru ni... baru ker? dah masuk suku tahun... he he..Untuk makluman semua, bahan yang digunakan adalah kotak kertas keras.. kotak ni sebenarnya bekas isi kurma masa bulan puasa dulu, bila tahun entah. Projek ni simple dan mudah nak dibuat, background tu warnakan jer putih. Border tu campuran warna hijau campur biru. Napkin yang digunakan leh tengok dekat sini LEMON dan PURPLE FLOWER



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerongsang dan Gelang..

Kerongsang dan Gelang..
Jom Tgk kat sini http://kerongsangdangelang.blogspot.com/