TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

http://decoupagetissueonline.blogspot.com/

Friday, July 12, 2013

Decoupage Project: Love Plaque

Salam semua... ketemu lagi.... projek kali ni simple jer... mls nak buat background bagai... cuma sapu cat kapur then tampal tisu kendian varnish dah siap... hehe... Napkin kali ni saya guna Chicken Garden Ok semua... selamat mencuba...

Wednesday, July 10, 2013

Decoupage Project : Wall Clock


Salam semua.... sedar tak sedar dah masuk bulan ramadhan dah kita... begitu cepat masa berlalu...
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
Bercakap tentang masa, kita tak dapat lari dengan jam.. bila ditanya pukul berapa... mata akan terus memandang jam.. begitulah pentingya jam dalam kehidupan kita... Jadi bagi menghargai jasa jam dalam membantu kita menguruskan masa, projek kali ni berkaitan dengan jam. Macam biasa jam dinding cap ikea ni la yang selalu jadi mangsa he he...

Kenapa saya suka decoupage jam ni? Sebabnya ialah jam ni murah... dan bentuk yang menarik... tapi sayangnya tak tahan lama... tak tahan lama sebab kertas yang bernombor tu mudah merekah.. sampai tinggal jarum jer... Oleh yang demikian, bagi mengekalkan ketahan dan menaikkan lagi seri jam ni.. kita decoupagekan.. Bila difikirkan bagus betul seni decoupage ni... yelah dapat menjimatkan kos beli jam baru... he he..

Untuk projek kali ni juga, saya telah gunakan warna lain selain dari warna acrylic... hari tu ada org tanya saya.. bolehker guna warna ni?... saya jawab entahla... saya pun belum pernah guna warna ni.. Jadi jam ni jadi bahan ujikajila... hehe.. warna apa? Warna BUNCHO... haha... mesti pernah dengarkan jenama ni... masa sekolah selalu gak guna masa pendidikan seni.. Hasilnya macam kat atas tu.. not badla... warna ala-ala gold... So, kesimpulannya boleh guna warna buncho... cumanya warna ni tak berkilatla macam warna acrylic... yelah acrylic paint RM12 sebotol.. ni RM13 sekotak 12 warna.. hehe.. Apalagi dapat warna buncho anda sekarang... nak kasi kilat sapu varnish dua tiga lapis..

Projek ni saya guna napkin Rose klik SINI untuk tengok detail... banya jugak projek saya guna napkin nih.. rose dia cantik dan senang digunting ikut bentuk dia. Untuk rama-rama tu saya guna napkin Flower & Bird saya syorkan anda dapatkan napkin ni sebab anda boleh mixkan dengan napkin lain... selain ada gambar binatang, bunga pada napkin ni berwarna warni... jadi kalau projek anda nampak kosong.. bolehla guna napkin nih mana yang perlu.. Ok sekian dulu... Selamat berpuasa semua... Mohon maaf jika ada salah silap semasa saya menulis yang menyinggung anda semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerongsang dan Gelang..

Kerongsang dan Gelang..
Jom Tgk kat sini http://kerongsangdangelang.blogspot.com/