TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

http://decoupagetissueonline.blogspot.com/

Saturday, August 15, 2009

My Little Asyraf

Salam semua.... kali ni entry luar topik pasal decoupage... just to share peristiwa yang berlaku baru-ni... anak wardah... asyraf... masuk hospital hampir 2 minggu... 5 hari di ICU.... semuanya gara-gara insiden yang berlaku kat nursery asyraf... baru je dua hari hantar kat nursery tu.... pada yang pernah baca blog wardah mungkin tahu kenapa wardah kena hantar asyraf kat nursery... 4 ogos 2009 hari kedua wardah ambil asyraf dengan muka yang pucat, tidak bermaya... dahi yang lebam... biru.... jawapan yang wardah dapat hanyalah... asyraf terhantuk di baby court... tanpa banyak soal wardah segera mengajak hubby membawa asyraf ke hospital serdang... sepanjang perjalanan asyraf tak sedarkan diri.... menyusu pun tak nak... kepala terkulai... ya Allah apa dah terjadi pada asyraf????? sampai di hospital terus ke emergency... doctor terus bagi rawatan kecemasan pada asyraf... masukkan ubat dan air... barulah asyraf sedar... tapi tangisan asyraf memang berbeza.. seperti menahan sakit yang amat sangat.... malam tu asyraf masuk wad... melihatkan keadaan asyraf... wardah begitu sedih.. hubby pula menitiskan air mata... ya Allah... selamatkan asyraf...

hari kedua di wad doctor buat CT scan pada asyraf dan mendapati keadan asyraf normal... so takder pendarahan dalaman... doctor tak dapat kenalpasti kenapa asyraf diserang sawan.. normally sawan berkaitan dengan otak... ni pun base information dari nursery kata asyraf kejang2... lagipun family wardah dan hubby takder history sawan... doctor tak puas hati lagi... kenapa asyraf jadi macamni... petang tu pakar mata datang dan check... terdapat pendarahan dalam mata asyraf... mungkin disebabkan hentakan kuat dan mungkin terdapat pendarahan dalam otak...so the next day doktor buat CT scan sekali lagi.... barulah tahu kenapa asyraf diserang sawan... rupanya confirm pendarahan dalam otak.... jantung bagai nak gugur mendengar penjelasan doktor.. malam tu asyraf terus dimasukkan ke ICU kerana keadaan asyraf begitu kritikal... pukul 3 pagi call hubby suruh datang ke hospital... bimbang sesuatu berlaku pada asyraf.. keesokan harinya doktor pakar memaklumkan apa yang berlaku pada asyraf... buat masa ini asyraf stabil tapi kritikal itupun kerana adanya bantuan oksigen... doktor maklumkan kemungkinan2 yang akan berlaku pada asyraf... asyraf mungkin tak dapat diselamatkan, asyraf kalau selamat mungkin lumpuh/cacat, asyraf... ya Allah berat sungguh dugaanMu ini..... doktor maklumkan asyraf direhat selamat 48jam bagi merehatkan otaknya... seluruh badah asyraf dicucuk untuk masukkan ubat dan sebagainya... tangan kiri..  tangan kanan.. kaki kiri dan kanan.. peha kiri... kesiannya asyraf... anak ibu baru 7 bulan dah diperlakukan begitu... tapi ibu redha agar asyraf dapat diselamatkan.... doktor juga memaklumkan agar dilaporkan pada polis memandangkan kemungkinan berlaku penderaan atau kecuaian yang berlaku... makluman yang wardah dapat dari pihak nursery asyraf terhantuk dibaby court... terhantuk sampai bleh jadi mcmni? pelik???? tak sanggup wardah nak pikir bagaimana asyraf boleh jadi macam ni... lima hari lima malam asyraf di ICU... lima hari lima malam jugak ayah dan ibu temankan asyraf.. hari2 masuk tengok perkembangan asyraf... terlihat air mata asyraf bergenang dimatanya... mungkin menahan sakit yang dialaminya...... sayu hati ayah ngan ibu tengok asyraf... saudara mara, sahabat handai jauh dan dekat semua datang melawat asyraf... semua mendoakan agar Allah selamatkan asyraf.... Alhamdulillah rahmat Allah dibulan syaaban ni menyebelahi asyraf... asyraf kembali sedar... kesan ubat yang diberikan pada asyraf menunjukkan kesan lebam di kepala asyraf  begitu jelas... terdapat 2 garisan di belakang kepala asyraf... pasti hentakan kuat pada belakang kepala asyraf....

kini asyraf dah dibenarkan pulang memandangkan keadaan asyraf yang boleh dikatakan  baik. doktor taknak tahan asyraf lama2 diwad.. bimbang terkena penyakit lain... semua maklum akan virus H1N1... walaupun dibenarakan pulang asyraf perlu datang hospital lagi... jumpa pakar mata, paka2 lain, buat fisio... mata asyraf pun masih tak dapat nak fokus... malam semlam asyraf merengek... tak dapat tidur lena... mungkin asyraf masih sakit... asyraf tak dapat nak cakap akan kesakitannya.. tapi ibu faham... sabar anak... Allah akan selamatkan asyraf..

kepada kenkawan dan pelawat blog wardah ni harap dapat mendoakan asyraf agar sihat seperti sediakala.... ibu mana yang tak sayangkan anak... buat masa kini wardah stop dulu berdeko... asyraf amat memerlukan wardah... kepada semua terima kasih kerana mengunjungi blog wardah...

blog wardah yang lain... My litte asyraf dan aku kau dan dia

3 comments:

azah said...

Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah anak kecil yang bernama Asraff ini..utk ibu dan bapa Asraff, jaga dia dgn baik dan berharap sabar menempuh dugaan Tuhan..amin..

MrsNor said...

salam idah.Moga asyraf cepat sembuh dan ceria semula

azlina said...

salam wardah....
akk turut simpati dan sedih membacanya dik byk2 sbr yea dik memang berat ujian ALLAH buatmu dik tapi itu tanda ALLAH syg padamu..jgn berputus asa bykkan berdoa..ini apa yg akk amalkan sepanjang aleya demam hari tu..baca yassin pada ayat 58 "salammunqaulammirobbirahhim" baca sebyk 7 x kemudian berdoalah dalam hati selepas tu sudahkan bacaan yassin hingga ke ayat terakhir..berdoalah doa seorang ibu tu tiada hijab..insyaallah di makbulkan..
kalau uzur atau bila2 pun di hadapan anak zikir ya salam sebanyak 160 x dan berdoalah utknya..maaf akk terlalu pjg menulis hrp kita dapat berkongsi bersama pengetahuan yg ada..sesungguhnya yg baik itu dr ALLAH swt manakala yg buruk dr kelemahan akk sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerongsang dan Gelang..

Kerongsang dan Gelang..
Jom Tgk kat sini http://kerongsangdangelang.blogspot.com/