TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

http://decoupagetissueonline.blogspot.com/

Friday, June 7, 2013

Decoupage Project: Plate

Salam pagi Jumaat semua.... dah lama tak upload projek decoupage yang baru. Ramai yang tanya wardah pasal nak buat background colour... nak pakai apa kalau tiada warna acrylic ... Jadi untuk tahu ok atau tidak kenala buat eksperimen... So kali ni kita guna cat kapur a.k.a cat rumah he he... Mana yang ada belen2 cat rumah tuh, bolehla digunakan... Tapi wardah beli satu tong besar warna putih... hehe... nak eksperimen sungguh... Ok wardah bagi tips jika anda nak guna cat ni.... tipnya ialah jangan guna berus masa nak sapu pada medium... gunakan span dan kemudian didap-dapkan pada medium. Kenapa? sebab warna akan sekata.. kalau guna berus nanti akan akan ada kesan berus tu... mcm kita cat umahla kan.. kena buat banyak layer baru kesan tu hilang... Lepas buat background biar kering then barulah tampal paper napkin... Kali ni wardah guna napkin Mix Berries. Napkin ni jimat sebab boleh guna sikit2... he he... jadi bykla projek dapat dibuat... Lepas gunting kita tampal, masa tampal guna sealer tu kita sapukan sekali permukaan medium yang takder napkin.. Ini kerana, kalau kita sapu pada napkin jer... nanti akan ada perbezaan warna... bahagian sealer dan tidak sealer... Lainla kalau kita nak buat background capok2.... Lepastu biarkan kering.. Akhir sekali sapukan varnish... Dah siap... Sekian dan selamat mencuba..
Kepada nak beli napkin boleh beli kat sini.. http://decoupagetissueonline.blogspot.com/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerongsang dan Gelang..

Kerongsang dan Gelang..
Jom Tgk kat sini http://kerongsangdangelang.blogspot.com/